fbpx
Selamat Datang ke Laman Belajar Mengaji Al-Quran Secara Mudah, Cepat, Jimat, Santai, Seronok dan Berkesan

Ketahui Mudah Mengaji al-Quran Bertajwid Dengan Cepat, Jimat, Santai, Seronok dan Berkesan Bagi Anda Yang Tidak Kenal Langsung Huruf al-Quran:

Terbukti! Dengan Izin Allah, Melalui 13 Tarian Kaedah Haraki, Anda Boleh Membaca al-Quran dengan Bertajwid.

DAFTAR SEKARANG!!! PEMBELAJARAN SECARA BERSEMUKA DALAM TALIAN MENGGUNAKAN APLIKASI GOOGLE MEET

Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan Kaedah Haraki

…yang pentingnya baca al-Quran tu betul, fasih, bertajwid, lancar…”

“…katakan anak kita baru pandai 10 jam tapi yang ini, 7 jam baru pandai, maka kita pilih yang lebih baik, lebih cepat berkesan…”

S.S. Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri

Adakah anda hadapi MASALAH ini?

ANDA BOLEH MEMBACA RUMI TETAPI…

> Tidak Kenal Langsung (zero) huruf al-Quran,

> Keliru dengan huruf al-Quran,

> Keliru dengan bacaan panjang atau pendek,

> Keliru dengan bacaan dengung,

> Tiada masa untuk pelajari al-Quran,

> Malu nak belajar al-Quran daripada asas,

>Tidak Yakin boleh belajar mengaji, lidah dah keras,

>Sangkut-sangkut ketika membaca al-Quran,

> Sudah cuba belajar dengan macam-macam kaedah tetapi masih tidak boleh membaca al-Quran dengan bertajwid,

> Takut hadapi  MATI sedangkan belum pandai baca al-Quran

> Anda hanya mampu melihat dengan sayu JASAD IBU/BAPA anda ketika kematiannya tanpa menghadiahkan bacaan al-Quran kerana anda ZERO AL-QURAN.

Jika ada hadapi masalah di atas, sila teruskan bacaan… Kami sedia bantu menyelesaikan masalah anda… 

https://zulkiflinasirudin.com

Galeri Gambar

Betul ke boleh baca al-Quran dengan pantas??? Macam TIPU je… Baca al-Quran dengan bertajwid pulak tu…

Aku dah belajar mengaji bertahun-tahun pun masih keliru…Inikan pula orang ZERO AL-QURAN???… Musykil, Musykil, Musykil…

Ustaz tipu aje kot?

Apa mereka kata...

“…Cara pembelajaran Kaedah Haraki lain daripada yang lain dan yang bestnya mudah diingati dan berkesan untuk individu yang tidak pandai membaca al-Quran seperti saya sebelum ini…”.

Iqbal Hamudy bin Zainal Abidin
Bomba Airport

“Keunikan Kaedah Haraki… saya belajar membaca al-Quran sambil ketuk-ketuk menggunakan anggota badan. Lain dari yang lain”

Noor Yusliana binti Mohd Yusof
Guru Tadika

Keistimewaan Kaedah Haraki Ustaz Zakaria

MUDAH

Pendekatan yang digunakan memudahkan anda mengingati apa yang dipelajari di samping dibimbing oleh guru berpengalaman

SERONOK

Belajar sambil menyanyi dan menari di samping pelbagai aktiviti lain. Anda tidak berasa malu melakukan aktiviti bersama-sama guru dan kawan-kawan 

SANTAI

Aktiviti dan modul yang anda ikuti digubal berdasarkan teori Edgar Dale (1969) dan pengalaman pengasas sendiri yang pakar dalam bidang pendidikan

BERKESAN

Tidak perlu peralatan tambahan melainkan hanya pergerakan anggota badan anda. Kaedah ini telah terbukti berkesan melalui testimoni

JIMAT

Dengan izin Allah anda boleh membaca Al-Quran bertajwid dengan cepat dan pantas

Kenali Murabbi Anda

Dr. Zulkifli bin Din @ Nohamed Nasirudin merupakan pengajar (Murabbi) al-Quran Kaedah Haraki. Kepakaran Dr. Zulkifli adalah membantu golongan ZERO (tidak tahu langsung) huruf-huruf al-Quran atau tiada masa nak belajar atau keliru hukum tajwid untuk mengaji al-Quran dengan bertajwid. Aktiviti pembelajaran menggunakan pendekatan  tarian, nyanyian (active learning), santai (fun learning) dan cepat (fast) tidak seperti kaedah-kaedah lain. Dengan Izin Allah, Kaedah Haraki dapat membantu anda mengaji al-Quran dengan bertajwid dalam masa yang cepat, santai dan mudah.

Beliau dilahirkan di negeri Selangor. Mula mendapat pendidikan al-Quran daripada kedua ibubapanya yang merupakan guru al-Quran. Seterusnya, beliau mendalami ilmu berkaitan al-Quran daripada guru-guru al-Quran di Malaysia, Jordan dan Mesir. Beliau beroleh Sanad Al-Quran mengikut riwayat Hafs bin Sulaiman daripada Syeikh Ibrahim Judah Ibrahim pada 19 Mei 2012. (Sanad bermaksud salasilah guru yang berkesinambungan sehingga kepada Baginda Rasulillah S.A.W.). 

Berpegang kepada prinsip Membantu Celik Al-Quran, beliau mengambil ijazah (lesen) sebagai Murabbi Haraki daripada al-Fadhil Ustaz Dr. Zakaria Din, Pengasas Kaedah Haraki pada tahun 2015. (Semoga Allah merahmati sekalian guru-guru al-Quran yang mendidik saya). Bersyukur kepada Allah telah ramai yang berjaya dibantu daripada buta Al-Quran kepada Celik Al-Quran… Alhamdulillah!

Sijil Haraki

Kenapa perlu baca Al-Quran???

عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ”  أَفْضَلُ عِبَادَةِ أُمَّتِي ، قِرَاءَةُ الْقُرْآنِ

Maksud Hadis s.a.w.

Sebaik-baik ibadah yang dilakukan oleh umatku adalah Membaca Al-Quran (Mengaji Al-Quran)

(Hadis Marfu’)

Selain daripada hadis di atas, terdapat banyak dalil (bukti) yang menyeru kita sebagai PEDAGANG di dunia ini supaya membaca al-Quran. Baca selanjutnya…

Apakah tidak cukup bagi mereka bahawa kami telah menurunkan kepadamu Kitab (al-Quran) yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya dalam al-Quran itu terdapat rahmat yang besar dan pelajaran bagi orang yang beriman. (al-Quran 29:51)

https://zulkiflinasirudin.com

Sesungguhnya orang yang selalu membaca al-Quran (mengaji) dan melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak rugi (29) Agar Allah menyempurnakan pahala kepada mereka dan menambah kurniaan-Nya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri (30) (al-Quran 35:29-30)

https://zulkiflinasirudin.com

Sabda Nabi s.a.w: ” Sebaik-baik daripada kalangan kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.” Hadis Sahih – (Riwayat al-Bukhari – No. Hadis 5027)

https://zulkiflinasirudin.com

Sabda Nabi s.a.w.: “Orang yang mahir membaca (mengaji) al-Quran akan bersama-sama dengan para malaikat yang mulia manakala orang yang merangkak-rangkak (tidak lancar) di dalam membaca Al-Qur’an serta mengalami kesulitan, maka baginya dua pahala“. Hadis  Muttafaqun Alaih (Riwayat al-Bukhari – No. Hadis 4937) dan ( Riwayat Muslim – No. Hadis 798)

https://zulkiflinasirudin.com

Sabda Nabi s.a.w.:”Bacalah (mengajilah) al-Quran  kerana pada hari kiamat al-Quran akan datang kepada kamu sebagai peguam bela/pemberi syafaat kepada pembacanya”. Hadis Sahih (Riwayat Muslim – No. Hadis 804)

https://zulkiflinasirudin.com

Sabda Nabi s.a.w.: “Perumpamaan orang beriman yang membaca (mengaji) al-Quran seperti buah Utrujjah, baunya wangi dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan orang beriman yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar, tiada berbau dan rasanya manis/sedap. Sementara perumpamaan orang munafik yang membaca al-Quran seperti buah raihanah, baunya wangi tetapi rasanya pahit. Perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah hanzalah, tiada berbau dan rasanya pahit”. Hadis  Muttafaqun Alaih (Riwayat al-Bukhari – No Hadis 5427) dan (Riwayat Muslim – No. Hadis 797)

https://zulkiflinasirudin.com

Sabda Nabi s.a.w.:” Dikatakan kepada orang yang membaca (mengaji) al-Quran, Bacalah dan naiklah pada tangga syurga serta bacalah al-Quran dengan Tartil seperti engkau membaca al-Quran dengan tartil di dunia, sesungguhnya tempatmu adalah pada akhir ayat yang kamu baca.” Hadis Sahih (Riwayat Abu Daud, Tarmizi, dan Ahmad)

https://zulkiflinasirudin.com

Apakah hukum mengambil upah/bayaran daripada mengajar al-Quran?

Sumber: Kitab at-Tibyan fi Adab Hamlati al-Quran oleh Imam An-Nawawi, mukasurat 57.

Ulama berselisih pendapat dalam masalah ini. Pandangan Imam Abu Sulaiman Al-Khattabi: Beliau menegah mengambil upah daripada mengajar al-Quran. Pandangan ini disokong oleh Az-Zuhri dan Abu Hanifah.

Manakala Imam Malik, Imam as-Syafei dan ‘Atho’ berpandangan: mereka membolehkan mengambil upah dengan syarat pemberi upah dan penerimanya bersetuju dengan kadar upah tersebut.

https://zulkiflinasirudin.com

Mengaji Al-Quran Kaedah Haraki

Kaedah Haraki diasaskan oleh Haji Zakaria Nasirudin pada Mac 2013. Kaedah ini bermula apabila beliau cuba mengajar dua orang pelajarnya yang baru memeluk agama Islam di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Perak membaca al-Quran. Alhamdulillah kaedah dan teknik yang digunakan telah berjaya membantu dua pelajarnya membaca al-Quran secara bertajwid dalam masa cepat, pantas dan singkat

Kemudian beliau telah menyertai pertandingan inovasi di peringkat negeri Perak sempena sambutan Hari Guru Jabatan Pendidikan Negeri Perak 2013. Dalam pertandingan tersebut beliau telah berjaya meraih pingat emas. Bermula dari kemenangan tersebut beliau telah menyertai beberapa pertandingan di peringkat
Kebangsaan dan Antarabangsa dan berjaya meraih pingat emas.

Nama “Haraki” diambil daripada perkataan bahasa Arab  “Ha Ra Ka” yang bererti bergerak. Istilah ini diambil kerana pengajaran al-Quran kaedah Haraki banyak melakukan pergerakan anggota badan terutama pergerakan tangan. Pergerakan ini digunakan untuk memudahkan pelajar memahami dan mengingati pelajaran yang disampaikan samada di peringkat asas dengan mengenal huruf hijaiyah (huruf al-Quran) hinggalah di peringkat mengenal bacaan bertajwid. Pendekatan ini bersesuaian dengan Teori Kon Pembelajaran oleh Edgar Dale (1969). Beliau menyatakan 90% pembelajaran akan diingati apabila dilakukan bukan sekadar melihat dan mendengar sahaja bahkan berserta dengan pergerakan. Pembelajaran secara aktif ini menjadikan belajar al-Quran dengan kaedah Haraki lebih menarik dan berkesan.

SENARAI KEJAYAAN

1. Pemenang Emas dalam International Conference on Early Childhood Education 2013

2. Finalis Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2015

3. Anugerah Emas di International Invention, Innovation & Technology Exhibition (iTEX 2015)

4. Anugerah Emas di International Syariah Compliant Idea, Invention, Innovation & Design 2016 (ISCIIID2016)

5. Anugerah Emas di Selangor Innovation & Creativity Exposition (SLICE) 2018

Rujukan:
http://haraki.my/v2/mengenai-kami/
http://www.queensu.ca/teachingandlearning/modules/active/documents/Dales_Cone_of_Experience_summary.pdf

JANGAN BIMBANG JIKA ANDA MASIH BELUM BOLEH MENGAJI SELEPAS IKUTI KELAS…

JAMINAN WANG AKAN DIKEMBALIKAN TANPA BANYAK SOAL

DAFTAR SEKARANG!!!

KELAS KHATAM AL-QURAN (PERSONAL)

Hari & Masa:

 Tertakluk kepada perbincangan

Tempat:

Aplikasi Google Meet

Tempoh Pengajian

Sehingga KHATAM

sesi pembelajaran 1 jam/seminggu

Kadar Bayaran

RM95/jam 

Kelebihan kelas kami:

1# Belajar secara personal

2# Rakaman kelas akan dikongsi untuk ulangkaji.

3# Whatsapp (Q&A dengan guru bila-bila masa)

4# Guru berpengalaman dalam pembelajaran orang dewasa

Bagaimana nak DAFTAR???

MUDAH SAHAJA!!!

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN…

TERUS HUBUNGI KAMI SEGERA!!!

KLIK LINK DI BAWAH 

https://MohNgaji.wasap.my

 

Kami juga mengalu-alukan Kementerian / Jabatan / Agensi / Institusi untuk menjemput kami memberikan Taklimat PERCUMA selama 1 atau 2 jam di tempat anda

Hubungi Kami

Hak Cipta

zn resources enterprise (002815356-A)