Soal jawab bersama Sahibus Samahah Dr. Ahmad Ghalib al-Khatib
Mufti Mafraq, Jordan
Kelebihan zikir. Bagaimana hendak menjadikan diri kita disebut oleh Allah seperti disebutkan dalam al-Quran (al-Baqarah, 2:152) Allah berfirman, mafhumnya: “Maka ingatilah/sebutlah nama Aku, Aku akan menyebut namamu…”?
فَٱذۡكُرُونِيٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡكُرُواْ لِي وَلَا تَكۡفُرُونِ
Mufti menjawab: apabila hati menjadi tenang kesan daripada berzikir itu bermakna Allah menyebut nama kita. Ini berdasarkan ayat surah (ar-Ra’d, 13:28)
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَئِنُّ ٱلۡقُلُوبُ
Maksudnya “iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah” Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia.
untuk lihat video sila klik: https://youtu.be/xASw9bDIpUc
JANGAN TINGGALKAN ZIKIR INI
Terdapat banyak zikir yang telah diajar oleh ulama antaranya, zikir yang dituntut untuk dijadikan (amalan setiap pagi (selepas Subuh) dan selepas Maghrib) dan dibaca sebanyak 10 kali.
Kelebihan zikir…Jika dibaca selepas Subuh, Allah akan memelihara pembaca zikir ini sehingga Maghrib dan jika dibaca selepas Maghrib, dipelihara sehingga Subuh.
لَا إِلهَ الله وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَه لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلَّ شَيْءٍ قَدِير
Selain itu, galakan untuk membaca
1) istighfar 100 kali
2) Selawat 100 kali
3) Tahlil 100 kali
4) al-Ikhlas 3 kali
5) Doa kepada sekalian muslimin dan muslimat
Mudah Mengaji Al-Quran