Tentang Kami

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله صلّى الله عليه وسلّم وعلى آله وأصحابه أجمعين. إن أريد إلا الإصلاح ما استطعت وما توفيقي إلا بالله عليه توكّلت وإليه أنيب، أما بعد

Selamat datang ke blog Ustaz Zulkifli bin Din @ Mohamed Nasirudin. Saya merupakan pengajar (Murabbi) al-Quran Kaedah Haraki. Kepakaran saya adalah membantu golongan tidak tahu langsung huruf-huruf al-Quran atau tiada masa nak belajar atau keliru hukum tajwid untuk mengaji al-Quran dengan bertajwid. Aktiviti pembelajaran menggunakan pendekatan yang unik dan menarik dengan cara menari dan menyanyi tidak seperti kaedah-kaedah lain. Dengan Izin Allah, Kaedah Haraki dapat membantu anda mengaji al-Quran dengan bertajwid dalam masa yang cepat, santai dan mudah.

Dilahirkan di negeri Selangor Darul Ehsan. Mula mendapat pendidikan al-Quran daripada kedua ibubapa saya yang juga merupakan guru al-Quran. Seterusnya, saya mendalami ilmu berkaitan al-Quran daripada guru-guru al-Quran di Malaysia, Jordan dan Mesir. Saya beroleh Sanad Al-Quran mengikut riwayat Hafs bin Sulaiman daripada Syeikh Ibrahim Judah Ibrahim pada 19 Mei 2012. (Sanad bermaksud salasilah guru yang berkesinambungan sehingga kepada Baginda Rasulillah S.A.W.). 

Selain daripada itu, saya juga merupakan pengedar sah (dealer) Onexox. Iaitu sebuah syarikat telco yang mendapat Sijil Patuh Syariah. Syarikat Onexox diasaskan oleh Tuan Bobie Farid Shamsudin

ZN RESOURCES ENTERPRISE (002815356-A)