Kita sayang mereka!

Membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid sebenarnya mudah. Ini bersandarkan kepada Firman Allah S.W.T

“Dan demi sesungguhnya Kami telah MUDAHKAN AL-QURAN untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran?” Al-Qamar (54:17,22,32 dan 40)

tetapi…

Adakah anda sedar dalam masyarakat kita masih ramai yang tidak boleh membaca al Quran dengan betul dan bertajwid.

Kadang kadang mereka itu bukan orang lain. Orang yang paling dekat dengan kita. Isteri/ suami kita, anak kita, ibubapa kita, adik beradik kita, saudara mara kita, jiran kita, sahabat kita, ahli qaryah kita…, dan yang paling penting adalah diri kita sendiri. Kita sayang mereka. Kalau boleh kita nak mereka berada dalam syurga bersama kita.
.
Pihak kami serious nak bantu anda selesaikan masalah ini. Hingga kini kami telah berjaya membantu ramai umat Islam membaca al Quran dengan betul dan bertajwid. Syukur kepada Allah, hingga kini hampir 4 000 orang yang asalnya memang zero al Quran telah boleh membaca al Quran dengan betul dan bertajwid melalui kaedah yang sangat unik dan lain dari yang lain.

Jangan bertangguh. Usia kita semakin bertambah. Kita pun tak tahu bila kita dipanggil balik oleh Allah. Tahkan esok atau lusa…kita tak tahu. Sedangkan nabi Muhammad S. A. W. memerintahkan kita supaya membaca al-Quran. Sabda baginda yang bermaksud:

_” Bacalah al Quran. Sesungguhnya ia (al Quran) akan datang memberi syafaat kepada mereka yang bersahabat dengannya pada hari Qiamat._”

Bayangkan kalau seseorang itu tak baca al Quran atau nak baca pun tak boleh … bagaimanakah keadaan kita nanti?
😭😭😭

Dapatkan consultant *PERCUMA* dari kami

Siapa yang betul betul berminat untuk kami bantu, sila hubungi kami segera.

Mudah mengaji al-Quran bertajwid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *