Al-Quran, apa yang paling…

Info berkaitan Al-Quran

1. Ayat paling mulia dalam al_Quran ialah ayat 255, Surah al-Baqarah

ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَيُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُۥ سِنَةٞ وَلَا نَوۡمٞۚ لَّهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِي يَشۡفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيۡءٖ مِّنۡ عِلۡمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَ‍ُٔودُهُۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ ٢٥٥

Maksudnya:

  1. Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

 

2. Ayat paling adil dalam al-Quran ialah ayat 90, Surah al-Nahl

إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُ بِٱلۡعَدۡلِ وَٱلۡإِحۡسَٰنِ وَإِيتَآيِٕ ذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَيَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ وَٱلۡبَغۡيِۚ يَعِظُكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ ۞٩٠

  1. Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebaikan, memberi bantuan kepada kaum kerabat dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan bermusuhan. Dia memberi pengajaran kepada mu agar kamu dapat mengambil pelajaran.

 

3. Ayat paling takut dalam al-Quran ialah ayat 7-8, Surah al-Zalzalah

فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرٗا يَرَهُۥ ۞٧  وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٖ شَرّٗا يَرَهُۥ ۞٨

  1. Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya Dia akan melihat (membalas) semua perbuatannya.
  2. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya Dia akan melihat (membalasnya)

 

4. Ayat paling pengharapan dalam al-Quran ialah ayat 53, Surah al-Zumar

قُلۡ يَٰعِبَادِيَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًاۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ ۞٥٣

  1. Katakanlah: “Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa (melainkan mati dalam keadaan syirik) semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

 

5. Ayat paling sedih dalam al-Quran ialah ayat 123, Surah al-Nisa’.

لَّيۡسَ بِأَمَانِيِّكُمۡ وَلَآ أَمَانِيِّ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِۗ مَن يَعۡمَلۡ سُوٓءٗا يُجۡزَ بِهِۦ وَلَا يَجِدۡ لَهُۥ مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلِيّٗا وَلَا نَصِيرٗا ۞١٢٣

  1. (Pahala daripada Allah) itu bukanlah angan-angan mu dan bukan pula angan-angan ahli Kitab. Barang siapa mengerjakan kejahatan, nescaya akan dibalas sesuai dengan kejahatan itu dan dia tidak akan dapat perlindungan dan pertolongan selain daripada Allah.

 

6. Ayat paling gerun  dalam al-Quran ahli neraka ialah ayat 30, Surah al-Naba’

فَذُوقُواْ فَلَن نَّزِيدَكُمۡ إِلَّا عَذَابًا ۞٣٠

  1. Maka kerana itu rasakan lah! Maka tidak ada yang akan Kami tambahkan ke atas kamu selain azab.

 

7. Diriwayatkan daripada Ali Karramallahu wajhah : ayat yang paling aku suka dalam al-Quran ialah Surah al-Nisa’ ayat 48 & 116

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ أَن يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَآءُۚ وَمَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفۡتَرَىٰٓ إِثۡمًا عَظِيمًا ۞٤٨

  1. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan (dosa) orang yang mempersekutukan-Nya (syirik) dan Dia mengampuni apa (dosa) yang selain daripada (syirik) bagi siapa yang Dia kehendaki. Barang siapa mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya dia telah berbuat dosa besar.

 

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ أَن يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَآءُۚ وَمَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَٰلَۢا بَعِيدًا ۞١١٦

  1. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutukan Allah dengan sesuatu) sedangkan Dia mengampuni dosa selain itu bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah maka sesungguhnya dia telah tersesat jauh sekali.

 

8. Ayat paling afdal/ utama dalam al-Quran ialah ayat 30, Surah al-Syura

وَمَآ أَصَٰبَكُم مِّن مُّصِيبَةٖ فَبِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِيكُمۡ وَيَعۡفُواْ عَن كَثِيرٖ ۞٣٠

  1. Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tangan mu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu.

 

 

Dipetik daripada kitab al-Tibyan fi Adab Hamlati al-Quran. Imam al-Nawawi. muka surat 229

HOME

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *